SIBU - Seramai 2,808 pengundi undi pos yang terdiri daripada anggota tentera, polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membuang undi di pusat mengundi masing-masing bermula pukul 8 pagi tadi sehingga 5 petang.
Daripada jumlah itu 271 terdiri daripada petugas SPR yang membuang undi pukul 2 petang tadi di Tingkat 9, Pejabat Residen Bahagian Sibu di Wisma Sanyan.
Anggota polis pula membuang undi di Ibu Pejabat Polis Daerah sibu manakala anggota tentera pula melaksanankan tanggungjawab mereka di Kem Batu 10 Rascom dan Kem Batu 14.
Parlimen Bandar Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar yang mana pengundi kaum Cina merangkumi hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus) yang akan mengundi 16 Mei nanti.
Pakatan Rakyat diwakili oleh Wong Ho Leng, Pengerusi DAP Sarawak manakala Barisan Nasional mempertaruhkan Robert Lau Hui Yew manakala Narawi Haron bertanding di atas tiket Bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan