|
Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya.
Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.
Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.
Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Beberapa jam selepas berita itu didedahkan, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan.
No comments:
Post a Comment