Friday, January 1, 2010

SKKM sambung siasatan video kepala lembu

S Pathmawathy


Selepas tiga bulan berlalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyambung siasatannya mengenai video kepala lembu yang disiarkan Malaysiakini dengan memanggil dua individu untuk disoalsiasat.

Editor video Malaysiakini, Shufiyan Shukur dan Jason Yong - kakitangan syarikat hos server portal berita tersebut - disoalsiasat oleh pegawai SKMM di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Yong, yang disoalsiasat untuk kali kedua, memberitahu Malaysiakini bahawa dia disoal sama ada video yang didakwa berunsur 'provokasi' itu dimuat-naik dari alamat IP (internet protokol) portal berita berkenaan.

Manakala Shufiyan pula berkata, beliau disoal sama ada beliau yang membuat keputusan untuk memuat-naik video tersebut dalam server Malaysiakini.

September lalu, sepasukan pegawai SKMM datang ke pejabat Malaysiakini sebanyak tiga kali untuk menyiasat berhubung klip video yang disiarkan di lamanweb berkenaan - satu mengenai protes pemindahan kuil di Seksyen 27, Shah Alam, dan satu lagi mengenai sidang akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein.

Mereka menyoalsiasat kakitangan Malaysiakini yang terbabit dalam proses pengumpulan bahan berita, penyunting dan penyiaran dua berita dan video berhubung protes kepala lembu pada 28 Ogos dan sidang akhbar Hishammuddin itu pada 2 September.

Portal berita tersebut didakwa melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan dua klip video berken

No comments: