Hazlan Zakaria |
Menurut Naib Pengerusi PKR Johor P Magendran, dasar tidak mengambil kira subjek Tamil dalam markah kredit SPM, telah meminggirkan kepentingan bahasa dan sastera Tamil.
"Kerana ianya tidak diambil kira, maka pelajar tidak akan memberi tumpuan kepadanya. Ini akan menyebabkan bahasa Tamil dipinggirkan.
"Tetapi ini juga mempunyai implikasi yang lebih serius, kerana apabila bahasa Tamil dipinggirkan, maka sekolah Tamil mungkin ditutup.
"Apa akan jadi kepada bahasa Tamil? Apa akan jadi pada guru-guru (sekolah) Tamil?" soalnya.
Kumpulan tersebut turut mendakwa bahawa kerajaan juga tidak memberi peluang yang cukup kepada mereka yang mahu meningkatkan pengetahuan dalam Tamil dengan tidak memberi mereka biasiswa JPA dan menyekat mereka yang mahu melanjutkan pengajian dalam bahasa dan sastera Tamil di universiti awam.
Kedua-dua dasar tersebut, dakwa Magendran, menjadi bukti bahawa kerajaan telah meminggirkan bahasa Tamil.
No comments:
Post a Comment