Sunday, August 2, 2009

Pindaan ISA: Mungkin dibahas sidang Parlimen akan datang

BERNAMA


NILAI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin dibuat pada sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata, pindaan itu bagaimanapun bergantung juga pada sejauh mana kajian yang dibuat oleh pegawai perundangan serta perbincangan dengan pihak yang berkepentingan seperti pembangkang.

"Kalau mereka perlu buat pertimbangan atau tidak setuju dengan apa yang kita cadangkan, kita boleh beri mereka masa sebelum ia dibentangkan untuk pindaan," katanya yang juga naib presiden Umno kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rasah 2009 di sini hari ini.

Katanya, rangka pindaan akta itu sudah diterima tetapi beliau kesal kerana pembangkang tetap melakukan demonstrasi antiISA sehingga mengganggu-gugat ketenteraman awam di ibu negara semalam.

Kerajaan sebelum ini sudah pun berjanji untuk meminda ISA tetapi sebarang tuntutan perlu dibuat dalam suasana perbincangan bukan melalui jerit pekik atau rusuhan, katanya.

"Kita boleh bincang cuma peraturan yang sedia ada termasuk yang menghantui pembangkang. Ini yang perlu kita duduk dan bincang dengan semua yang berkepentingan," katanya.

Beliau memberitahu, penukaran nama ISA kepada satu nama lain seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (semalam) termasuk dalam kajian itu.

"Saya ingin tegaskan bahawa pindaan ini dibuat mengikut pandangan orang ramai dan bukan melalui desakan-desakan yang dibuat melalui demonstrasi," kata Hishammuddin.

Kementeriannya bersedia untuk meminda peraturan-peraturan yang sesuai dengan cabaran semasa supaya tidak timbul laungan bahawa akta ini mudah disalah gunakan atau digunakan untuk tujuan politik, katanya.

"Saya sendiri tidak mahu perkara-perkara ini berlaku tetapi apa yang berlaku di negara jiran barubaru ini (merujuk kepada serangan bom Hotel J.W. Marriott dan Ritz Carlton di Jakarta) menunjukkan ada sesetengah perkara yang tidak boleh dikompromi terutama yang berkaitan dengan keselamatan," tegasnya.

Katanya, beliau tidak fikir bahawa perhimpunan anti-ISA yang digerakkan pembangkang semalam adalah ikhlas.

"Kalau kita perhati laungan-laungan dan kaji sendiri apa yang mereka laungkan, apa yang mereka perjuangkan, sorak-sorakkan mereka, akhirnya kalau kita teliti, tidak ada kena mengena dengan ISA pun kecuali perkataan-perkatan pada sepanduk mereka," kata Hishammuddin.

"Kalau mereka ikhlas, mereka akan laungkan perkara-perkara yang berkait dengan akta itu.

"Saya rasa dengan cara yang mereka buat ini, rakyat akan tahu sendiri siapa yang konsisten dan ikhlas, saya tak kata undang-undang yang digubal oleh manusia itu sempurna," kata beliau.

Beliau yakin rakyat akan memahami keikhlasan kerajaan dan ini sudah pun terbukti apabila ada bekas tahanan ISA yang beliau temui meminta Hishammuddin agar tidak melupuskan akta yang telah terbukti, banyak menyelamatkan negara sejak dari zaman darurat, konfrantasi sehinggalah kepada rusuhan kaum.BERNAMA

NILAI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin dibuat pada sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata, pindaan itu bagaimanapun bergantung juga pada sejauh mana kajian yang dibuat oleh pegawai perundangan serta perbincangan dengan pihak yang berkepentingan seperti pembangkang.

"Kalau mereka perlu buat pertimbangan atau tidak setuju dengan apa yang kita cadangkan, kita boleh beri mereka masa sebelum ia dibentangkan untuk pindaan," katanya yang juga naib presiden Umno kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rasah 2009 di sini hari ini.

Katanya, rangka pindaan akta itu sudah diterima tetapi beliau kesal kerana pembangkang tetap melakukan demonstrasi antiISA sehingga mengganggu-gugat ketenteraman awam di ibu negara semalam.

Kerajaan sebelum ini sudah pun berjanji untuk meminda ISA tetapi sebarang tuntutan perlu dibuat dalam suasana perbincangan bukan melalui jerit pekik atau rusuhan, katanya.

"Kita boleh bincang cuma peraturan yang sedia ada termasuk yang menghantui pembangkang. Ini yang perlu kita duduk dan bincang dengan semua yang berkepentingan," katanya.

Beliau memberitahu, penukaran nama ISA kepada satu nama lain seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (semalam) termasuk dalam kajian itu.

"Saya ingin tegaskan bahawa pindaan ini dibuat mengikut pandangan orang ramai dan bukan melalui desakan-desakan yang dibuat melalui demonstrasi," kata Hishammuddin.

Kementeriannya bersedia untuk meminda peraturan-peraturan yang sesuai dengan cabaran semasa supaya tidak timbul laungan bahawa akta ini mudah disalah gunakan atau digunakan untuk tujuan politik, katanya.

"Saya sendiri tidak mahu perkara-perkara ini berlaku tetapi apa yang berlaku di negara jiran barubaru ini (merujuk kepada serangan bom Hotel J.W. Marriott dan Ritz Carlton di Jakarta) menunjukkan ada sesetengah perkara yang tidak boleh dikompromi terutama yang berkaitan dengan keselamatan," tegasnya.

Katanya, beliau tidak fikir bahawa perhimpunan anti-ISA yang digerakkan pembangkang semalam adalah ikhlas.

"Kalau kita perhati laungan-laungan dan kaji sendiri apa yang mereka laungkan, apa yang mereka perjuangkan, sorak-sorakkan mereka, akhirnya kalau kita teliti, tidak ada kena mengena dengan ISA pun kecuali perkataan-perkatan pada sepanduk mereka," kata Hishammuddin.

"Kalau mereka ikhlas, mereka akan laungkan perkara-perkara yang berkait dengan akta itu.

"Saya rasa dengan cara yang mereka buat ini, rakyat akan tahu sendiri siapa yang konsisten dan ikhlas, saya tak kata undang-undang yang digubal oleh manusia itu sempurna," kata beliau.

Beliau yakin rakyat akan memahami keikhlasan kerajaan dan ini sudah pun terbukti apabila ada bekas tahanan ISA yang beliau temui meminta Hishammuddin agar tidak melupuskan akta yang telah terbukti, banyak menyelamatkan negara sejak dari zaman darurat, konfrantasi sehinggalah kepada rusuhan kaum.

No comments: