Saturday, August 1, 2009

Percubaan polis masuk pejabat Agung PAS gagal!

Nyza Ayob dan Wan Nordin


KUALA LUMPUR - Kira-kira jam 5.15 petang tadi, pihak polis cuba memasuki Pejabat Agung PAS dipercayai bagi menahan beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Namun cubaan itu berjaya dipatahkan oleh anggota Unit Amal yang berkawal di Pejabat Agung PAS.

Pada jam 5.20 lima trak FRU mengawal di pejabat tersebut, namun beberapa minit selepas gagal memasuki Pejabat Agung PAS, mereka beredar.

Harakahdaily difahamkan, pimpinan utama Pakatan Rakyat masih berada di pejabat tersebut.

Sementara di Maju Junction, polis masih bertempur dengan peserta himpunan, namun lebih ganas dengan mengejar serta melemparkan gas pemedih mata._

No comments: