Tuesday, May 19, 2009

Krisis Perak: Biar Rakyat Buat Keputusan

SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR - KRISIS Politik di Perak haruslah diselesaikan oleh rakyat negeri itu bukanya institusi raja dan mahkamah seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional kini.

Menurut Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Dewan Undangan Negeri Perak haruslah dibubarkan bagi memberi ruang rakyat untuk memilih siapa kerajaan mereka.

“Kita mahukan Dewan Undangan Negeri Perak dibubar. Kita hormati Institusi Raja, namun keputusan bukan dari istana dan mahkamah,

“Keputusan mesti turun kepada rakyat (pilihanraya). Kalau kita sebagai pemimpin, kenapa takut pada rakyat,” katanya dalam ceramah sempena pelancaran kempen penerangan “Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat”.

Jelas Anwar lagi, sekiranya Dun Perak dibubarkan, dan pilihanraya diadakan, beliau yakin bahawa rakyat akan memastikan kemenenangan Pakatan Rakyat.

“Di Penanti kita bertanding, rakyat akan memutuskanya dan sekarang saya dengan yakin, InsyaAllah, jika ada Pilihanraya di Perak, kita bukan sahaja menang, tetapi menang dengan lebih besar kerana rakyat mahukan perubahan,” kata Anwar lagi.

Anwar turut menepelak pemimpin Barisan Nasional yang menyalahkan Pakatan Rakyat kerana memberi contoh kepada mereka dalam proses lompat parti.

Dalam nada yang tegas, Anwar menjelaskan bahawa Umno serta Barisan Nasional telah membawa lari adun Pakatan Rakyat sehingga mereka keluar parti.

Memberi contoh kepada tiga Adun yang melompat,Anwar berkata, beza antara Pakatan Rakyat ketika 16 September tahun lalu dan BN pada krisis perak ialah mengenai penawaran dasar bukannya wang ringgit.

“Beza kita adalah dasar. Pakatan Rakyat percaya kepada prisip kebebasan, prinsip keadilan, kalau Islam sebagai agama persekutuan, penghayatanya mesti ada dikalangan orang islam. Masjid mesti diimarahkan. Kebebasan beragama bagi orang kristian, budha dan hindu mesti diizikan. Pendidikan ditingkatkan, rasuah dibanteras. Jika ada ahli Umno bersetuju, dia boleh masuk (sertai Pakatan Rakyat),” katanya dihadapan lebih 7000 orang.

Krisis Perak, menurut Anwar bermula dengan tiga Adun, Jamaluddin Mohd Radzi dari Behrang, Osman Jailu ( Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) mengambil keputusan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat bagi menyokong Barisan Nasional setelah menjadi Adun Bebas.

Sebelum itu lagi, Adun Barisan Nasional dari Bota, Nasharudin mengistiharkan keluar Umno bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam satu sidang media dan turut menyatakan penyertaan kedalam Pakatan Rakyat di hadapan rakyat di kawasan beliau.

No comments: