Wednesday, May 20, 2009

Keluarga mangsa denggi kecewa layanan hospital

SINAR HARIAN ONLINE


SRI BATU CAVES – Sebuah keluarga mendakwa kecewa dan kesal dengan mutu perkhidmatan yang diberikan klinik dan hospital kerajaan semasa adik mereka, M Palaniammah, 24, yang diserang demam denggi berdarah mendapatkan rawatan di situ.

Menurut kakak mangsa, M Pria, 31, berkata, dua hari sebelum adiknya meninggal dunia, dia telah membawa adiknya itu mendapatkan rawatan di sebuah klinik kerajaan Jalan Sungai Tua dan doktor telah mengambil darah mendiang namun doktor terbabit belum dapat memastikan penyakit yang dialami adiknya itu.

Katanya, disebabkan tidak berpuas hati dan keadaan adiknya makin bertambah teruk, dia sekali lagi ke klinik berkenaan namun mendakwa rawatan yang diterima adiknya begitu lambat dan terpaksa menunggu lama.

“Keadaan adik saya begitu teruk namun kakitangan berkenaan tidak menghiraukan adik sehingga adik pengsan baru jururawat dan doktor datang merawat adik.

“Apa yang dikesalkan ketika hari pertama ke klinik itu doktor memberitahu adik saya hanya disyaki demam denggi dan doktor memberi jaminan keadaannya tidak teruk serta tidak perlu bimbang,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keadaan adiknya yang kritikal, pihak klinik kemudiannya membawa adiknya mendapatkan rawatan lanjut ke hospital.

No comments: