Thursday, May 21, 2009

Hishammuddin jumpa ADUN BN Terengganu malam tadi

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


PETALING JAYA: Kesemua 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Terengganu mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung krisis kepimpinan negeri itu.

Pertemuan tersebut diadakan pejabat Hishammuddin di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya mulai pukul 10 malam.

Bagaimanapun wartawan mStar Online yang berada di lokasi pertemuan malam tadi tidak dibenarkan masuk.

Pertemuan tersebut disahkan oleh ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam yang dihubungimStar Online sebelum bermulanya pertemuan itu semalam.

"Kami akan berjumpa malam ini di pejabat Datuk Hishammuddin. Insya-Allah kami semua (ADUN BN Terengganu) akan hadir seeprti mana yang dikehendaki," katanya.

Hishammuddin juga adalah Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri. Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Datuk Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu, Din berkata sudah tiba masanya kedua-dua pihak perlu meletakkan kepentingan rakyat di hadapan berbanding kepentingan peribadi.

"Kita dipilih oleh rakyat, yang kita kena jaga hati mereka (rakyat)," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai pertemuaan tersebut.

No comments: