SUARA KEADILAN
SEKUMPULAN bekas tahanan serta pelarian ISA dari Singapura telah melancar sebuah buku koleksi sajak dan prosa yang bertajuk Our Thoughts.
Koleksi puisi berbahasa inggeris ini tersebut memberi gambaran jelas mengenai sebahagian iklim politik dari jiwa hati keenam-enam penulis yang telah dinafikan hak untuk berhubung dari dunia luar, satu masa dahulu.
Enam penulis berkenaan ialah, Said Zahari, Ho Piao, Tan Jing Quee, Francis Khoo Kah Siang, Teo Soh Lung dan Wong Souk Yee yang pernah menjadi mangsa akta zalim ISA diantara diantara tahun, 1950 hingga 1989.
Ketika perasmian buku ini di Pasar Budaya Kuala Lumpur, 16 Mei lalu, Timbalan Presiden KeADILan Syed Husin Ali dan Presiden Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim.
Buku yang diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Center (SIRD) dan Ethos Book Singapore ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama atau dibeli secara online di www.gerakbudaya.com.
No comments:
Post a Comment