SUARA KEADILAN
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Pengerusi Eksekutif Syabas, Rozali Ismail yang menangguhkan projek air bahawa kerajaan negeri hanya meluluskan
Projek baik pulih dan naik taraf bekalan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membabitkan nilai sebanyak RM300 juta, bukannya RM2.6 bilion, kata Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kenyataan Rozali Ismail berhubung penangguhan projek bernilai RM2.6 bilion oleh Syabas atas arahan kerajaan bagi memberi laluan kepada penyusunan semula pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurut beliau, projek berkenaan telah dijalankan pihak Syabas yang sudah mencecah RM2.3 bilion berdasarkan laporan tidak rasmi yang diterima kerajaan negeri sebelum ini.
“Jadi, jika RM2.6 bilion ditolak dengan RM2.3 bilion, jumlahnya (RM300 juta) tidaklah begitu menakutkan kita berbanding jumlah yang diumumkan mereka hari ini,”katanya.
Beliau berkata pihak konsesi sepatutnya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan kerana projek berkenaan telah dipersetujui dalam kontrak perjanjian dengan kerajaan negeri sebelum ini.
Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi.
Rozali dalam kenyataannya berkata penangguhan itu memberi kesan langsung kepada pengguna memandangkan pelbagai aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan tergendala terutamanya kerja-kerja penting seperti penggantian paip.
Isnin lalu, kerajaan Selangor menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan berhubung pengambilalihan semula industri air di Selangor dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, pada minggu ini.
“Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa rundingan pengambilalihan aset akan diadakan secepat dengan kesediaan kementerian yang berkenaan” katanya. - Suara Selangor Maju
No comments:
Post a Comment