Muhammad Arif Ismail
SHAH ALAM) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Dr Halimah Ali hari ini mengumumkan kursus pengajian di Universiti Industri Selangor (Unisel) telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Republik Islam Iran.
"Pada 21 April lalu, Dr. Vahid Ali, Research Counsellor and Director for Iranian student affair South Pacific Region, telah menyerahkan surat pengiktirafan Kerajaan Republik Islam Iran terhadap semua kursus di Unisel.
"Ini bermakna graduan-graduan dari Unisel tidak akan menghadapi masalah untuk memohon kerja di Republik itu terutama sekali bagi warganegara itu apabila mereka pulang ke tanah air," katanya dalam sidang media yang diadakan semalam.
"Mudah-mudahan ia akan menjadi batu lonjatan bagi Unisel untuk terus maju ke hadapan dan menjadi ia satu institusi yang bertaraf antarabangsa," katanya.
Pada masa ini, terdapat keperluan untuk memasuki Universiti di Iran dengan jumlah pusat pengajian tinggi awam hanya 80 buah ditambah pula dengan jumlah penduduk yang berjumlah 70 juta.
Tiap-tiap tahun, seramai 1.2 juta pelajar akan mengambil peperiksaan kemasukan ke Universiti awam dan hanya satu juta layak diterima memasuki pengajian tinggi itu. Oleh itu, 200,000 rakyatnya terpaksa mencari pendidikan di luar negara,katanya. - mks. _
No comments:
Post a Comment