Anna Yusof
KUALA LUMPUR : Ura-ura menyatakan bahawa sidang Dewan Undangan Negeri Perak berusaha untuk menyingkirkan Speaker V Sivakumar.
Usaha sedemikain akan dilakukan pada Sidang Dun akan datang dengan undi tidak percaya terhadap beliau walaupun Sivakumar telah menangguhkan sidang sehingga ke tarik lain yang akan ditetapkan kelak.
Laporan berita akhbar Berbahasa Cina dan The Sun hari ini menyatakan bahawa selepas Sultan Perak membuat titah ucapan merasmikan Sidang Dun tersebut, undi tidak percaya akan dilakukan bertujuan untuk menyinkirkan Sivakumar.
Semetara itu, Setiausha Dap Perak Ngeh Koo Ham berkata bahawa itu adalah usaha Barisan Nasional. “Walau bagaimanapun kita tunggu dan lihat,” jelas beliau kepada Suara Keadilan.
“Walaupun telah dijelaskan bahawa sidang Dun titangguhkan sehingga di satu tarikh yang belaum ditetapkan namun Kerajaan BN berusaha mahu mencuba menyinkirkan Sivakumar,” tambah beliau.
No comments:
Post a Comment