Monday, January 5, 2009

SPR jangka kehadiran penyokong tidak ramai esok

Oleh G.MANIMARAN


KUALA TERENGGANU: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof tidak menjangkakan kehadiran penyokong yang terlalu ramai sebagaimana pernah disaksikan di Ijok Selangor dan Permatang Pauh.

"Berdasarkan keadaan trafik di sini (Kuala Terengganu), saya tidak menjangkakan kehadiran yang ramai seperti di Ijok dan Permatang Pauh," kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu dan Ijok awal 2007 menyaksikan kehadiran lebih 20,000 ketika hari penamaan calon.

"Ini cuma anggaran saya," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya dengan kerjasama polis sudah bersedia untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Esok adalah hari penamaan calon, yang akan bermula pukul 9 pagi.

Abdul Aziz juga berharap insiden ketika hari penamaan calon yang berlaku di semasa pilihan raya kecil di Ijok dan Permatang Pauh sebelum ini tidak akan berulang esok.

Katanya lagi, setakat ini, sebanyak 11 borang penamaan calon telah dikeluarkan SPR.

No comments: