Tuesday, January 6, 2009

Sayap pendidikan MIC dilanda skandal

K Kabilan


MIC dilanda skandal yang membabitkan sayap pendidikannya, Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pemberian kontrak penyelenggaran Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) milik parti itu.

Sumber-sumber berkata, ia berlaku apabila MIED diarahkan supaya membatalkan dua kontrak yang diberikan berdasarkan sistem 'tender terbuka'.

Sebaliknya, pihak pengurusannya dikatakan diarahkan supaya memberinya kepada mereka yang rapat dengan presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu.

Dua kontrak tersebut adalah untuk kerja memotong rumput dan pengendalian kantin di universiti tersebut.

Sumber-sumber itu berlaku, jumlah tawaran tender oleh pihak-pihak baru itu - seorang daripadanya berpejabat di Ipoh - dianggap lebih tinggi daripada tawaran tender yang telah diterima.

Ia adalah antara lima kontrak yang diberikan oleh MIED untuk pelbagai perkhidmatan tahun lalu.

Dijangka akan berlaku pemecatan - malah, pemecatan bendahari agung MIC, Tan Sri M Mahalingam dua minggu lalu, dikatakan ada kaitan dengannya, walaupun Samy Vellu, berkata pertukaran itu adalah perkara 'rutin'.

Pada 23 Disember, Mahalingalm juga melepaskan jawatannya sebagai pengerusi MIED Capital Sdn Bhd - syarikat yang menguruskan Universiti AIMST yang terletak di Semeling, kedah.

No comments: