Wednesday, January 7, 2009

Balu Razali kesal adik sokong Pas

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA TERENGGANU: Isteri bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Allahyarham Datuk Razali Ismail, To' Noraini Lob Yusof terkilan dan kesal dengan sikap adiknya, Azmi yang sanggup membelakangkan nasihat ahli keluarga agar tidak terbabit secara langsung pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, tindakan Azmi yang menjadi penyokong borang pencalonan calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut mencemarkan nama baik keluarga termasuk melanggar nasihat Allahyarham yang sentiasa menasihatkannya tidak mencampuri urusan Pas.

"Hari ini (semalam) genap 40 hari Razali meninggal dunia, tetapi saya sedih dan marah apabila diberitahu Azmi sanggup menandatangani borang pencalonan sebagai penyokong kepada Mohd Abdul Wahid," katanya.

No comments: