Sabtu, 4 Oktober 2008

Sayuran dicemari melamin, Malaysia ambil langkah berjaga-jaga
Bernama


KOTA KINABALU — Kementerian Kesihatan kini mengambil langkah berjaga-jaga berhubung penemuan kadar melamin yang tinggi dalam sayur-sayuran yang diimport dari China.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan tahap empat terhadap semua produk makanan dari China bagi memastikan ia benar-benar selamat sebelum di pasarkan di negara ini.

“Kami mendapat tahu dari Korea bahawa mereka mengesan kadar melamin yang tinggi dalam sayur-sayuran yang mereka import dari China.

“Kami telah melancarkan pemeriksaan tahap empat terhadap semua produk makanan dari China dengan mengambil contoh produk berkenaan untuk ujian,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen MCA Sabah di sini hari ini, Liow memberi jaminan bahawa kadar melamin dalam produk makanan yang dijual di pasaran negara ini adalah pada paras yang dibenarkan.

Tiada ulasan: