Ustaz Idris Ahmad
Akhbar Utusan 15 Okt. 2008 melaporkan, calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan perkembangan pencalonan semasa, semua pihak pastinya tahu siapa yang menjadi calon pilihan masa kini.
1.Kesian saya pada menantu bakal bekas PM Malaysia yang dipaksa turun takhta sebelum masa. Pemimpin Umno buat kepada pak lah macam wali mujbir paksa anak kahwin. Ini fenomena biasa dalam Umno
2.Sekarang baru Khairi sedar siapa dirinya apabila kuasa tidak ada. Ahli Umno hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi.
3.Perwakilan Umno dia pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan temolok dan perut masing-masing. Kebetulan kapal Khairi bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.
4.Kapal yang pengikut Khairi lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab Umno ini satu sahaja iaitu rebut benda. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula pada individu yang sanggup lawan Khairi. Tentu kita ingat sewaktu Tun Dr Mahathir hentam Pak Lah semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Pak Lah dan kutuk Tun Dr Mahathir, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada mantan Presiden Umno. Waktu itu Pak Lah berkuasa lagi dan gagah, sekarang sudah hilang pengaruh.
5.Datuk Mukhriz dapat pencalonan banyak dan menjadi pesaing kepada Khairi kerana, arus sekarang ialah orang benci pada Pak Lah kerana gagal capai keputusan cemerlang dalam PRU 12. Kebetulan pula Datuk Mukhriz orang yang langtang kritik Pak Lah lepas pilihanraya, suaranya senada dengan bapanya.
6. Dalam suasana sekarang siapa yang masuk kem Khairi inilah baru sahabat sejati, mereka yang lari itu pejuang kayu jati. Sekarang Khairi baru tahu siapa kawan dan siapa makan kawan. Di dalam suasana seperti begini orang yang boleh tenggelam timbul baru sahabat sejati.
7.Kita pun tidak nampak apa agenda Datuk Mukhriz hendak bawa dalam Pemuda Umno. Yang kita tengok ia lebih kepada emosi dan sentimen kemarahan pada Pak Lah, kerana bapa dia marah Pak Lah batal jambatan bengkok, tukar CEO Proton dan lain-lain isu peribadi yang melibatkan kepentingan dirinya. Kita tidak dengar agenda yang besar yang akan dibawa oleh Datuk Mukhriz. Dari segi pemikiran agama dan tindakan ia akan bersikap macam bapa beliau nanti.
8.Datuk Mukhriz patut kena ada wawasan untuk membetulkan sistem dan ekonomi yang rosak sejak bapa beliau memerintah 22 tahun. Sistem kehakiman, penggunaan dana awam, masalah sosial yang rosak teruk sekarang. Inilah yang beliau kena lakukan bukan agenda peribadi.
9.Saya yakin pemuda Pas dan pemuda Pakatan Rakyat tidak kira siapa yang memimpin pemuda Umno, adinda-adinda saya dalam pemuda akan terus mara untuk meruntuhkan parti Umno yang dianggap telah tidak relevan dalam perjuangan di negar inia. Khairi atau Mukhriz sama sahaja.
No comments:
Post a Comment