Sabtu, 22 Disember 2012

Tuntut pendidikan percuma dibayar hukuman penjara – AIC

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR - Kelab Anwar Ibrahim (AIC) kesal keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada siswa, Umar Mohd Azmi atas tuduhan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),

Menurut Timbalan Presidennya, Al-Azadi Aljohari, keputusan itu tidak setimpal pengorbanan Umar menuntut pendidikan percuma demi masa depan rakyat Malaysia.

“Perjuangan Umar Mohd Azmi untuk melihat suatu sistem pendidikan percuma yang dapat dinikmati anak petani, anak nelayan, pesawah, golongan menengah dibayar dengan hukuman penjara.

“AIC tersentuh dengan nilai yang terpaksa dibayar untuk menjadikan Malaysia lebih maju di masa tuanya,” katanya pada kenyataan media.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa ‘Occupy Dataran’ kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada “menangkap dan mengiringi” aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang  tidak adil.

Tiada ulasan: