Sabtu, 22 Disember 2012

Zunar lukis kartun sokong Umar

KEADILAN DAILY

KAJANG : Pelbagai pihak memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi yang dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan.

Selain ahli politik mula membuat kenyataan sokongan kepada Umar dan mengecam kerajaan, aktivis masyarakat juga tampil ke depan membela Umar.



Memetik Harakah Daily, kartunis Zunar kini juga berada di perkarangan Penjara Kajang dan membuat lukisan khas untuk Umar.

Semalam, sekumpulan aktivis mahasiswa ‘berkampung’ di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas.

Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bahau, Teo Kok Seong,pula  melahirkan rasa amat kecewa dan kesal atas hukuman denda RM1000 dan penjara selama 30 hari terhadap Umar.

Katanya, mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka cuma untuk meluahkan perasaan membantah pinjaman PTPTN yang tidak adil.

Tiada ulasan: