Ahad, 2 Disember 2012

Tiada pilihan jika Parlimen bubar Mac 2013 - Khalid

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai pilihan lain selain turut membubarkan Dewan Negeri sekirannya Kerajaan Pusat memilih membubarkan Parlimen pada Mac 2013.

 Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penangguhan DNS semalam.

“Saya tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini, jadi kalau dibubarkan pada Mac depan Selangor tiada pilihan lain,” ujar beliau dipetik Selangorku.

Terdahulu, Abdul Khalid dalam satu kenyataannya berkata, kerajaan negeri tidak ikut membubarkan Dun sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum keputusan kajian dari program ‘Selangorku Bersih’ diperolehi.

Program Selangorku Bersih merupakan satu program yang mengkaji kesahihan pengundi-pengundi yang berdaftar di Selangor.

Sementara itu, Speaker, Datuk Teng Chang Kim ketika menutup persidangan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi dan kerjasama yang ditunjukan Adun-adun Negeri Selangor.

Tiada ulasan: