Isnin, 10 Disember 2012

Pakatan umum tawaran 6+3 untuk rakyat Pahang

KEADILAN DAILY


Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran peringkat negeri bersama tiga tawaran peringkat persekutuan untuk menyelamatkan Pahang daripada kezaliman Umno BN.

Tawaran peringkat kerajaan Persekutuan ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tawaran peringkat Pahang itu ditandatangani Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengikut Harakah Daily, semua tawaran berkenaan diumum kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Kerdau, malam tadi.

TAWARAN PERINGKAT PERSEKUTUAN



PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA: Memberikan Royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak.



KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan
yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut – Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan –
Segamat dan Kuala Lipis – Raub – Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.

TAWARAN PERINGKAT NEGERI



PERTAMA: Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah serta menstruktur semula Kampung- kampung Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT: Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri.

1 ulasan:

insafdoh67 berkata...

Molek r.. Senang r sikit kita.. Puas doh susah.. Bukan nk Kaya mcm Ank O.K.U.. Sekejap je ayah jd jkkk Kaya Giler blke... Bukan Dengki... Kalau Betul tak apa... Senua rakyat nampak doh leni.. INSAFLAH.... Kawan.Kawan...