“Kami telah kata kami akan hormat pilihan orang dalam pilihan raya depan ini; jika kami tidak dipilih atau terpilih sebagai kerajaan oleh rakyat, kami tidak akan buat kekecohan,” kata ketua Wanita DAP, Chong Eng semasa Kongres Kebangsaan Wanita dan Pemuda Sosialis (DAPSY) disini hari ini.
Beliau turut menggesa pengerusi Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk “membuat komitmen sama jika BN tewas dalam pilihan raya, (dengan janji) mereka juga akan memberikan laluan kepada Pakatan untuk memerintah secara aman” .
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan amaran bulan lepas pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan menganjurkan demonstrasi jalanan sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) yang bakal menjelang sebelum April tahun depan. Tetapi pemimpin PR menolak pandangan amaran tersebut dengan berkata mereka tetap menyokong proses demokrasi yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk pilihan raya.
1 ulasan:
Guaaa cayaaaas samaaaaa luuu.. Bravo Dap.... Ni bru Gentle.. Ubn jnji huru hara... Fikir mne baik bro.. Jgn taksub kih.kih.kih..
Catat Ulasan