Ahad, 9 Disember 2012

Insiden Felda Selasih; Umno Menyemai Sikap Primitif 'Katak Di Bawah Tempurung'

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/IMG_6432.jpgKenyataan Persatuan Anak Peneroka Felda Negeri Terengganu;

 Merujuk kepada kejadian di Felda Selasih, pihak kami amat kecewa dengan sikap "tutup pintu dunia luar" yang didalangi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dengan niat untuk menunaikan solat asar di masjid Felda Selasih pun Konvoi Kembara Oren telah di halang,  menunjukan sikap dangkal dan 'fobia oren' ada asasnya.

Kami sebagai musafir dan kita sesama anak peneroka felda amat tidak cerdik dan menolok sifat ukhwah dalam Islam.

Nilai murni peradapan Islam dengan jelas di perkosa oleh Umno DUN Jabi.

Ia bukan soal Mazlan Aliman, tapi sikap mentaliti 'primitif katak bawah tempurung' yang sudah lama diracuni oleh umno telah merosakan minda warga Felda keseluruhanya di sini.

ANAK Terengganu mengzahirkan satu sikap kasih kami kepada warga Felda selasih dan kami tidak akan putus asa untuk menjalin semangat kekitaan sesama warga felda.

Sekian. 

Naraza Muda
Setiausaha ANAK Terengganu.

Tiada ulasan: