Editor Buletin
Seminar
Antara Budaya Masyarakat Malaysia adalah satu inisiatif Lajnah
Penerangan PAS Pusat untuk memberi penerangan mengenai sensitiviti
budaya antara masyarakat bagi mematikan taktik pihak tidak
bertanggungjawab, suka melaga-lagakan antara kaum untuk keuntungan
politik.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata
seminar itu adalah medan untuk berterus-terang dan memahami budaya
pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia.
Turut bersama dalam
seminar ini ialah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang
Chow dan timbalan Bala Subramaniam, AJK DHPP negeri-negeri dan wilayah,
semua ketua penerangan PAS kawasan, ketua Lajnah Perpaduan Nasional
negeri dan kawasan.
“Seminar ini adalah bertujuan untuk
menghilangkan ketakutan pada 13 Mei. Untuk memahami budaya masyarakat
Melayu Islam dan bukan Melayu di dalam negara dan memahami pendekatan
berkesan dalam PRU berdasarkan kepelbagaian etnik dan masyarakat di
Malaysia,” kata Tuan Ibrahim dalam ucapan pembukaan majlis.
Tuan
Ibrahim juga menyarankan agar isu-isu PRU ditumpukan pada
perkara-perkara bersifat kepentingan umum seperti skandal NFC, PKFZ dan
penyenaraian Felda Global Venture Holding.
Seminar bermula pada jam 9 pagi tadi dengan kehadiran memberangsangkan, dengan hampir 200 hadirin di Hotel Goldcoast Klang.
Antara
pembentang kertas utama pagi ini Prof UKM Dr Sufian Husein. Beliau
membentangkan kertas bertajuk “Memahami budaya masyarakat Melayu Islam
dalam konteks pemikiran politik di Malaysia.”
Kertas kerja kedua
bertajuk “Peranan penerangan dalam konteks mendekati Melayu dan bukan
Melayu dalam PRU” pula akan dibentangkan Tuan Ibrahim, bekas editor
Merdeka Review Lim Hong Siang dan Kaunselor Berdaftar UPM A Rajaretinam.
Seminar itu ditutup oleh Exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali pada jam 2 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan