Ibrahim Ali: Sasaran kritikan kerana mengeluarkan kenyataan tragedi 13 Mei. — Gambar fail
Mereka malah menegur Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk tidak
lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana itu hanya akan menyebabkan
hubungan antara kaum di negara ini terganggu.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum.
“Kadangkala,
sahabat saya Ibrahim Ali, beliau ketinggalan ... Seperti tertinggal
daripada dunia moden,” kata Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung,
kepada The Malaysian Insider.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum.
Chor Chee Heung
“(Tindakan) beliau itu umpama merugikan BN, walaupun kadangkala kenyataannya itu mahu rakyat menyokong BN.
“Dalam Malaysia moden sekarang, Melayu, semua bangsa, mempunyai minda yang berbeza ... mereka lebih progresif, rakyat lebih mengutamakan kerajaan, bukan bangsa.”
Dalam satu temu ramah eksklusif Sinar Harian yang dipetik The Malaysian Insider sebelum ini, Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.
Ekoran kenyataannya itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.
Kata
Naib Presiden MIC, Datuk S.K. Devamany: “Ibrahim Ali perlu berjaga-jaga
dalam mengeluarkan kenyataan ... jangan ungkit perkara yang kita ingin
lupakan.”
“Dalam Malaysia moden sekarang, Melayu, semua bangsa, mempunyai minda yang berbeza ... mereka lebih progresif, rakyat lebih mengutamakan kerajaan, bukan bangsa.”
Dalam satu temu ramah eksklusif Sinar Harian yang dipetik The Malaysian Insider sebelum ini, Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.
Ekoran kenyataannya itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.
Devamany
Ahli Parlimen Cameron Highland itu turut menambah, kenyataan seperti
itu akan merosakkan hubungan silaturrahim antara kaum di negara ini yang
mana usaha menyatupadukan kaum di bawa dalam Gagasan 1 Malaysia Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Jangan bawa perasaan tidak diingini kepada sesetengah rakyat, ia tidak baik untuk silaturrahim masyarakat kita.
“Perdana menteri bawa konsep 1Malaysia, konsep perpaduan, kenyataan seperti itu akan bawa segelintir masyarakat marah,” katanya dan menambah, “kita nak eratkan silaturrahim, bukan cari permusuhan.”
Berkongsi
pendapat dengan Devamany, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad
Zarkashi selain menyeru rakyat melupakan peristiwa itu, beliau turut
berkata rakyat berbilang kaum di negara ini telah sekian lama berkongsi
dalam soal ekonomi.
“Jangan bawa perasaan tidak diingini kepada sesetengah rakyat, ia tidak baik untuk silaturrahim masyarakat kita.
“Perdana menteri bawa konsep 1Malaysia, konsep perpaduan, kenyataan seperti itu akan bawa segelintir masyarakat marah,” katanya dan menambah, “kita nak eratkan silaturrahim, bukan cari permusuhan.”
Dr Mohd Puad
“Jangan jadikan (13 Mei) bahan untuk wujudkan konflik dalam
masyarakat ... sejak sekian lama kita telah berkongsi dalam soal
ekonomi,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Yang paling penting, kita ambil semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ia sudah tamat tempoh, semangatnya masih ada, saya yakin menteri tahu bagaimana mahu melaksanakan.”
Ahli Parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, konsep 1Malaysia sendiri diwujudkan untuk rakyat melihat kehadapan, dan bukannya menoleh kebelakang untuk kemajuan negara.
“Melalui 1Malaysia, kita akan lebih memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang yang menyebabkan kita tidak lagi produktif,” tambahnya.
Sementara
itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melihat isu perkauman tidak lagi
mendapat tempat di hati rakyat negara ini kerana perjuangan PR jelasnya
adalah isu yang melibatkan pelbagai kaum.
“Yang paling penting, kita ambil semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ia sudah tamat tempoh, semangatnya masih ada, saya yakin menteri tahu bagaimana mahu melaksanakan.”
Ahli Parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, konsep 1Malaysia sendiri diwujudkan untuk rakyat melihat kehadapan, dan bukannya menoleh kebelakang untuk kemajuan negara.
“Melalui 1Malaysia, kita akan lebih memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang yang menyebabkan kita tidak lagi produktif,” tambahnya.
Salahuddin Ayub
“Isu perkauman sekarang tidak lagi mendapat tempat dalam hati rakyat,
isu yang kami perjuangkan adalah isu melibatkan semua kaum.
“Itu ilusi mimpi ngeri Ibrahim Ali,” kata ahli Parlimen Kubang Jerian itu yang yakin, peristiwa 13 Mei ini tidak akan berlaku lagi.
“Saya yakin, ia satu ‘Puaka dan Saka’ Umno yang cuba mempertahankan talian hayat mereka.”
Naib
Presiden PKR, Chua Tian Chang, bagaimanapun melihat, dengan situasi dan
keadaan masyarakat Melayu di negara ini sekarang peristiwa hitam itu
tidak mungkin akan berulang.
“Itu ilusi mimpi ngeri Ibrahim Ali,” kata ahli Parlimen Kubang Jerian itu yang yakin, peristiwa 13 Mei ini tidak akan berlaku lagi.
“Saya yakin, ia satu ‘Puaka dan Saka’ Umno yang cuba mempertahankan talian hayat mereka.”
Chua Tian Chang
“Kalau kita bandingkan dulu dengan sekarang, masyarakat Cina dulu 40
peratus, sekarang sudah tinggal 20 peratus, jadi macam mana mereka boleh
jadi ancaman,” tegas Chua, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu.
“Saya yakin 13 Mei tidak akan berlaku lagi, dengan nilai-nilai agama Melayu yang semakin kuat. Orang Melayu sekarang lebih berfikiran universal, mereka tidak lagi berfikiran seperti dulu.”
Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan