Isnin, 15 November 2021

Peneroka jumpa bom di kebun

Bom zaman perang dunia kedua ditemui di kebun getah di Felda Jelai 1, Gemas, petang semalam. - Foto polis
Bom zaman perang dunia kedua ditemui di kebun getah di Felda Jelai 1, Gemas, petang semalam. - Foto polis

GEMAS: Seorang peneroka terkejut apabila menemui sebutir bom di kawasan kebun getahnya di Blok 4, Jelai 1, petang semalam.

Bom yang ditemui jam 5 petang itu dipercayai digunakan ketika perang dunia kedua.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata pihaknya menerima maklumat daripada peneroka berusia 45 tahun itu berhubung penemuan objek menyerupai bom terbabit sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kami mengesan kedudukan sebenar bom berkenaan berdasarkan maklumat diberikan orang yang menemui bom itu.

"Selepas membuat pengesahan objek yang ditemukan adalah bom, kami memasang tali halangan polis bagi menghalang orang awam daripada memasuki lokasi berkenaan," katanya dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan memusnahkan bom berkenaan di kawasan kebun terbabit 9 pagi tadi.

"Jenis bom itu adalah 'artillery shell' berukuran kira-kira 20 sentimeter dan dipercayai bom peninggalan perang dunia kedua," katanya.

Tiada ulasan: