PETALING JAYA: Dengan hari penamaan calon bagi PRN Melaka kurang seminggu lagi, kumpulan pemantau, Bersih 2.0, mendesak pihak berkuasa mengeluarkan garis panduan demi memastikan pilihan raya yang bersih dan selamat.
“Mana garis panduan?” soal Pengerusi Bersih Thomas Fann.
“Seperti calon dan parti bertanding, kami penuh debar menanti sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengemukakan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata ceramah dan perhimpunan sosial pilihan raya dilarang sehingga 27 Nov, seminggu selepas hari pengundian.
Fann berkata, mengambil kira larangan “ekstrem” membabitkan pilihan raya negeri itu, SPR mesti menguruskan proses pilihan raya yang adil.
Ia termasuk menyediakan slot sekata bagi siaran dalam stesen televisyen dan radio milik kerajaan kepada semua parti dan calon bertanding untuk berkempen.
“Tanggungjawab SPR tidak terhad semata-mata memastikan proses mengundi pada hari mengundi adalah selamat, malah ia termasuk memastikan keseluruhan perjalanan pilihan raya dilaksanakan secara adil kepada semua parti, selain pengundi terbabit tanpa sebarang halangan,” katanya.
Katanya, larangan berkempen secara fizikal akan memberi kelebihan kepada kerajaan sedia ada selepas mengambil kira akses kepada media dan kemampuan berkempen semasa ‘urusan rasmi’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan