Rabu, 25 Ogos 2021

Warga Malaysia terima anugerah atas penyelidikan kanser

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Saintis kelahiran Malaysia di United Kingdom, Dr Serena Nik Zainal menerima anugerah Francis Crick Medal and Lecture 2022 berhubung sumbangannya terhadap kajian punca barah.

Di Twitter, Serena berkata dia teruja dan bersyukur atas anugerah berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang pernah mengajar, menyokong, mendorong dan membimbing saya. Sangat menghargainya!

“(Buat) Kumpulan saya yang mengagumkan - ini adalah untuk kita!” katanya.

Anugerah itu diumumkan Royal Society UK malam tadi, yang menyebut bahawa analisis Serena berkenaan mutasi yang terdapat pada sel kanser kini telah pun diguna pakai dalam rawatan kanser.

Serena akan menyampaikan ucapan bagi anugerah itu tahun depan, di mana dia akan turut menerima pingat dan hadiah sebanyak £2,000 (RM11,568).

Serena kini merupakan seorang doktor dan saintis di Penyelidikan Kanser UK, Universiti Cambridge.

Dia mengetuai kumpulan penyelidikan yang menggunakan teknik biologi komputasi untuk mengkaji mutasi yang ditemukan pada sel kanser.

Tiada ulasan: