Selasa, 3 Ogos 2021

Usul bahas Ordinan Darurat boleh dibawa pada September: PM

Athirah Huda Zalhe

Selaras titah Agong, peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan

BANGI– Suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan Ordinan-Ordinan Darurat boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, usul itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok dan berharap dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat secara harmoni dan berperlembagaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa proses pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti mana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak dapat disempurnakan.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tiada ulasan: