Oleh KOSMO!
PETALING JAYA – Seorang ustaz yang juga pendakwah terkenal dijangka memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok.
Keterangan daripada lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.
Menurut sumber, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pendakwah tersebut akan hadir atau tidak ke Bukit Aman esok
Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Satu kenyataan dijangka dikeluarkan berhubung perkara tersebut esok. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan