Nor Azizah Mokhtar
Kenderaan
membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
meninggalkan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit
Damansara, Kuala Lumpur. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Antara yang dilihat meninggalkan kediaman Perdana Menteri termasuk kenderaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Selain itu, turut dilihat keluar ialah kenderaan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan kepada pihak media setakat ini selepas empat jam mereka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.



Difahamkan, perjumpaan tergempar itu diadakan susulan UMNO menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media petang tadi mendakwa parti itu mempunyai surat akuan mencukupi daripada Ahli Parlimen mereka untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata, surat akuan itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan