Selasa, 3 Ogos 2021

Pemberian dos vaksin Covid-19 lebih 21.6 juta, kata Adham

email sharing button
Dr Adham Baba berkata sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 telah diberikan
Dr Adham Baba berkata sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 telah diberikan 
menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

PETALING JAYA: Sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 telah direkodkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Dr Adham Baba.

Beliau menerusi perkongsian infografik di Twitter memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,471,138 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 7,197,861 lagi selesai menerima dua dos vaksin Covid-19.

“Mengikut peratusan, 44.3% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 468,526 dos diberikan semalam dengan 223,479 adalah pemberian dos pertama, manakala 245,047 lagi adalah dos kedua.

Tiada ulasan: