Isnin, 2 Ogos 2021

Masukkan belut sepanjang 20 cm dalam dubur untuk hilangkan sembelit

Oleh Adlinahani Binti Khalil

XINGHUA: Seorang lelaki di China hampir kehilangan nyawa selepas cuba memasukkan belut ke dalam duburnya bagi menghilangkan sembelit yang dialaminya.

Lapor Global Times, lelaki itu tinggal di Xinghua, wilayah Jiangsu, timur China.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan memasukkan belut sepanjang 20 sentimeter ke duburnya pada 20 Julai lalu.

Perbuatan itu dilakukan selepas lelaki tersebut mendakwa dia sudah tidak tahan dengan masalah sembelit yang dialaminya.

Namun, perkara tidak diingini berlaku selepas lelaki itu memasukkan belut ke dalam duburnya.

Hal ini kerana, belut itu memasuki usus besar lelaki berkenaan dan menggigitnya sehingga menimbulkan kesakitan.

Pada awalnya, lelaki tersebut malu untuk berjumpa doktor dan sanggup tahan sakit sebelum dia akhirnya menyerah dan pergi ke hospital.

Doktor memaklumkan terdapat belut dalam usus besar dan dia perlu menjalani pembedahan.

Doktor berjaya mengeluarkan belut yang masih hidup dari perut lelaki tersebut dan memaklumkan mangsa boleh kehilangan nyawa akibat jangkitan kuman.

Tiada ulasan: