Selasa, 24 Ogos 2021

Lelaki terjatuh dalam Sungai Kerian

 Oleh WAT KAMAL ABAS

Jambatan Sungai Kerian di Jalan Abdul Raof, Parit Buntar lokasi seorang lelaki dipercayai terjatuh.

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki dipercayai terjatuh dari jambatan Sungai Kerian di Jalan Abdul Raof dekat sini hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.49 petang dan usaha mencari dan menyelamat mangsa berusia 43 tahun itu sedang dilakukan

“Pencarian mangsa pada malam ini mengunakan kaedah pencarian pada permukaan sungai di lokasi kejadian mengunakan bot,” kata jurucakap tersebut

Operasi turut dibantu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau, BBP Bagan Serai, BBP Nibong Tebal dan sukarelawan bomba Parit Buntar. – K! ONLINE

Tiada ulasan: