Khamis, 5 Ogos 2021

Khaled Nordin umum letak jawatan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead

Ainul Illia

Naib Presiden UMNO akur, hormat sebarang keputusan parti

BANGI – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan peletakan jawatan selaku Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuat kuasa esok, 5 Ogos. 

Beliau berkata, tindakan itu dibuat sebagai mengambil tanggungjawab selaku ahli UMNO yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan Boustead Holdings Berhad yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang perkhidmatan saya selaku pengerusi kepada syarikat sejak Mei 2020.

“Saya yakin dan percaya syarikat kini berada di landasan yang tepat untuk terus berperanan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, khususnya dalam memastikan pulangan berterusan kepada pemegang saham utama iaitu tabung persaraan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” kata Naib Presiden UMNO itu, hari ini.

Khaled juga sekali lagi menegaskan bahawa UMNO secara jelas telah membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tiada ulasan: