Selasa, 3 Ogos 2021

Cubaan ahli Parlimen pembangkang masuki Parlimen gagal

WhatsApp-Image-2021-08-02-at-10
Ahli Parlimen pembangkang yang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka di sini hari ini hampa apabila niat mereka untuk memasuki perkarangan bangunan Parlimen gagal.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang yang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka di sini hari ini hampa apabila niat mereka untuk memasuki perkarangan bangunan Parlimen gagal.

Ia terjadi apabila sejumlah 107 ahli Parlimen pembangkang dan bebas bersama-sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diarahkan untuk bersurai.

Antara yang ada dalam perhimpunan itu adalah Pengerusi Parti Pejuang Tanahair, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dari Dataran Merdeka, kesemua mereka berarak ke Bulatan Dato’ Onn untuk memasuki Jalan Parlimen bagi memasuki Dewan Rakyat.

Perarakan tersebut terhenti apabila Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengadakan sekatan.

Rundingan Anwar yang juga Presiden PKR dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah untuk memasuki Dewan Rakyat juga gagal.

Mereka kemudian akur dengan arahan itu dan bersurai jam 10.50 pagi.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: