Isnin, 2 Ogos 2021

Bersolidariti bersama Anwar, baju hitam berarak ke Parlimen esok ( ISNIN )


Kumpulan baju hitam pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli sebelum ini yang muncul sebagai kartel baharu PKR.

Peserta himpunan haram baju hitam dijangka akan bersolidariti bersama idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berarak ke Parlimen esok ( ISNIN ) walaupun sidang sudah ditangguhkan susulan penularan jangkitan Covid-19.

Kumpulan sama yang berhimpun pada Sabtu di Dataran Merdeka nampaknya bersemangat apabila Ketua Pembangkang itu masih mahu turun ke Parlimen dengan hasrat untuk bersidang dalam Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil sudah memberi bayangan Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang akan berkumpul esok di Parlimen.

“Doktor sudah, Anak muda pun sudah, Esok pagi, Ahli-Ahli Parlimen pula… Parlimen, kami datang!” ciap Fahmi dalam akaun Twitternya.

Sumber dalaman PKR memberitahu kemungkinan kumpulan ‘kartel baju hitam’ yang sebelum ini didedahkan Rafizi Ramli akan turun sebagai tanda sokongan kepada Anwar, ia kumpulan sama yang turun berhimpun pada Sabtu.

Selain itu sumber itu juga memberitahu bahawa kumpulan baju hitam tersebut turut disertai mereka dari parti Muda yang dipimpin Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Difahamkan juga ahli parlimen pembangkang juga akan berkumpul di hadapan parlimen esok bagi membantah penangguhan persidangan berikutan penularan Covid-19 di kawasan berkenaan.

Setakat ini lebih 60 kes telah dikesan dijangkiti petugas di parlimen, dan menyebabkan kerajaan memutuskan parlimen yang sepatutnya bersidang pada hari terakhir esok ditangguhkan.

Semalam, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin mengumumkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Isnin ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Katanya penangguhan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Parlimen.

Tiada ulasan: