YAN – Banjir yang berlaku di beberapa kawasan dekat Gunung Jerai di sini hari ni bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tiada pembalakan berlaku di kawasan itu.
“Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana kawasan itu telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.
“Sebaliknya kejadian itu berlaku akibat fenomena kepala air yang turut membawa kayu-kayu balak berikutan arus terlalu deras,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Kejadian banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga paras 1.5 meter.
Selain itu, berlaku juga kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai yang mengakibatkan beberapa individu cedera manakala beberapa orang lagi dilaporkan terperangkap di atas gunung tersebut.
Kejadian itu dipercayai merupakan yang terburuk pernah dialami di kawasan tersebut. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan