Khamis, 19 Ogos 2021

Amaran hujan lebat, banjir di Utara Semenanjung hingga Jumaat


Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak mulai hari ini hingga Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak mulai hari ini hingga Jumaat.

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi memaklumkan kawasan terlibat di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang, dan Selama serta Manjung, sementara seluruh kawasan Pulau Pinang terlibat dengan amaran tersebut.

“Angin bertiup dari arah barat laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya.

Tiada ulasan: