MALAYSIA NOW
Pakar sains politik Wong
Ching Huat memberikan ulasan terhadap kempen yang mahu Agong menitahkan
sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan bagi menghentikan pelantikan Ismail
Sabri.
Seorang pakar sains politik membidas mereka yang meletakkan kriteria kepada Agong untuk memilih perdana menteri yang baru ketika pelbagai gesaan daripada pemimpin pembangkang dan penyokongnya mempersoalkan pelantikan Ismail Sabri Yaakob bagi jawatan tersebut.
Wong Chin Huat dari Jeffrey Cheah Institute di Universiti Sunway berkata Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan pilihan Agong harus berdasarkan kepercayaan majoriti ahli-ahli Parlimen.
“Jangan guakan alasan lemah kononnya situasi ketika ini adalah luar biasa yang memerlukan langkah luar biasa,” kata Wong dalam sebuah kenyataan hari ini.
“Jika anda boleh langgar undang-undang kali ini yang katanya situasi luar biasa, nanti kemudian orang lain pun langgar undang-undang bagi situasi yang mereka fikir luar biasa juga.”
MENYUSUL LAGI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan