Ahad, 15 Ogos 2021

20, 546 kes baru, Pahang catat rekod tertinggi

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 20,546 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jangkitan keseluruhan di Malaysia sebanyak 1,404,899 kes.

Ini merupakan hari kelima berturut-turut kes baru dilaporkan melangkaui 20,000 kes.

Kuala Lumpur dan tujuh negeri - Selangor, Sabah, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan - mencatatkan kes baru melebihi 1,000.

Sementara itu, Pahang merekodkan kes baru tertinggi yang pernah dilaporkan di negeri itu dengan 926 kes.

Sarawak pula dengan 963 kes baru - angka kedua tertinggi yang pernah dicatatkan. Negeri itu hanya mencatatkan kes baru lebih 1,000 hanya sekali, iaitu pada 12 Ogos lalu (1,216 kes).

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (7,307)
  • Sabah (1,665)
  • Kedah (1,596)
  • Johor (1,508)
  • Kuala Lumpur (1,442)
  • Pulau Pinang (1,111)
  • Perak (1,069)
  • Kelantan (1,025)
  • Sarawak (963)
  • Pahang (926)
  • Negeri Sembilan (698)
  • Melaka (631)
  • Terengganu (534)
  • Putrajaya (47)
  • Perlis (21)
  • Labuan (3)

Tiada ulasan: