Khamis, 19 Ogos 2021

114 MP sokong Dato’ Seri Ismail Sabri

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Seramai 114 Ahli Parlimen disahkan menghantar surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Ahli Parlimen Bera, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menurut Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menemuduga setiap ahli-ahli Parlimen yang dipanggil menghadap baginda dalam tempoh satu hingga ke dua minit, hari ini.

“Hari ini 114 Ahli Parlimen yang memberi sokongan SD kepada Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera sebagai calon Perdana Menteri telah di temuduga secara ringkas seorang demi seorang oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Di dalam pertemuan ringkas itu setiap Ahli Parlimen tentunya menyatakan nama dan tempat daripada mana kemudian tentunya menyatakan bahawa memberi sokongan kepada Dato Seri Ismail Sabri Yaakob tanpa paksaan dengan sukarela.

“Itulah antara dialog Ahli Parlimen, terutama diri saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Saya kira ini adalah satu pengalaman yang penting untuk diri saya sendiri, daripada 114 Ahli Parlimen yang menyokong Dato Seri Ismail Sabri Yaakob,” ujarnya ketika ditemui media selepas selesai menghadap Agong di Istana Negara, hari ini. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: