Data 8 Julai 2021
Malaysia merekodkan 135 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, yang merupakan rekod kematian tertinggi pernah dicatatkan sejak virus itu dikesan di Malaysia tahun lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu 119 kematian membabitkan warganegara.
Pada 2 Jun lalu negara merekodkan 126 kematian.
Pada masa sama beliau berkata, 5,802 kes telah sembuh, kes aktif (77,275), pesakit dirawat di unit rawatan rapi (952) dan pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan (445).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan