Jumaat, 23 Julai 2021

Rekod baharu pemberian vaksin harian lepasi 500,000

 
twitter sharing button
whatsapp sharing button
email sharing button 

PETALING JAYA: Jumlah suntikan vaksin Covid-19 harian mencatatkan rekod terbaharu apabila sebanyak 507,050 dos diberikan semalam.

Menerusi catatan di Twitter, Menteri Kesihatan Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian vaksin harian itu, sebanyak 335,977 adalah dos pertama manakala 171,073 adalah dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Feb sebelum ini adalah pada Jumaat lepas dengan sebanyak 460,158 dos suntikan.

Tiada ulasan: