Khamis, 1 Julai 2021

Polis terima 23 laporan hina Pemangku Raja Pahang

azrulhakimie

Tular ciapan Twitter gambar Tengku Hassanal diedit bersama kenyataan jelik

KUANTAN – Polis Kontinjen Pahang menerima 23 laporan berhubung dakwaan kenyataan menghina Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan juga kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya ringkas semasa dihubungi di sini hari ini.

Sejak Ahad, tular di laman sosial tangkap layar ciapan akaun di Twitter yang memuat naik gambar Tengku Hassanal yang diedit bersama kenyataan jelik sehingga menimbulkan kemarahan netizen. – Bernama

Tiada ulasan: