PETALING JAYA: Pasar Datuk Keramat diarahkan tutup selama seminggu bermula esok hingga 14 Julai in, susulan pengesanan kes Covid-19 di kawasan terbabit.
Perkara itu dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook hari ini.
Katanya, penutupan perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada operasi sanitasi di seluruh kawasan pasar berkenaan.
“Berikutan penutupan ini, tiada sebarang aktiviti perniagaan akan dijalankan di pasar sehingga tarikh ditetapkan itu.
“Kita juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang gagal mematuhi arahan ini,” kata DBKL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan