Jumaat, 16 Julai 2021

Pahang, P Pinang kekal di Fasa Dua PPN

Oleh Rohaniza Idris
Pengusaha kedai gunting rambut di Kuantan dapat beroperasi apabila Pahang berada dalam Fasa Dua PPN bermula 5 Julai lalu.  - Foto hiasan BERNAMA
Pengusaha kedai gunting rambut di Kuantan dapat beroperasi apabila Pahang berada dalam Fasa Dua PPN bermula 5 Julai lalu. - Foto hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan Pahang dan Pulau Pinang kekal berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kes jangkitan baharu COVID-19 meningkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan memutuskan jika ada peningkatan jangkitan COVID-19, pendekatan kawalan secara bersasar akan dilaksanakan.

"Sekiranya angka jangkitan COVID-19 di negeri yang telah beralih fasa adalah tinggi, hanya lokasi atau kawasan tertentu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan bukannya seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Hadir sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Hari ini sebanyak 376 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di Pulau Pinang manakala di Pahang sebanyak 382 kes.

Lapan negeri telah beralih ke Fasa Dua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan: