Sabtu, 17 Julai 2021

Jangan cabar kerajaan – Ismail Sabri

Wartawan MalaysiaGazette
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob MCO burger seller stall RM50,000 compound Wan Mohd Faisal Wan Kadir KD Mahawangsa Covid-19 positive crewmen crew navy ship
Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada kilang-kilang yang masih berdegil melanggar prosedur standard operasi (SOP) Covid-19 agar jangan mencabar kerajaan.

Amaran tegas itu dikeluarkan apabila sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan ditutup kerana gagal mematuhi arahan dikeluarkan.

”Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP,” tegas beliau menerusi Twitter.

Dalam kenyataan media semalam, beliau berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kKerajaan serta SOP yang telah diwartakan.

Kelmarin, menurut beliau, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.

Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: