KUALA LUMPUR: Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida kecewa apabila masih ada segelintir pihak yang memutar belit kenyataannya berhubung kempen bendera putih dan terus menerus mengecam seolah-olah dia tidak membantu masyarakat yang terjejas dek pandemik.
Menerusi perbualan Whatsapp kepada Utusan Malaysia, Vida menegaskan dia sama sekali tidak menentang kempen tersebut malah turut terlibat dalam beberapa gerakan dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan sama ada mengibarkan bendera putih atau tidak.
“Kalau saya tak bersuara macam ini, siapa lagi? Asyik nak salahkan kerajaan sahaja. Asyik nak jadi mak cik dan pak cik bawang. Kalau saya mengata semua orang, tidaklah saya turun padang beri bantuan.
“Mereka yang duduk mengata saya pandai cakap tetapi membantu tidak, habis itu nak saya tolong satu Malaysia ke? Beratus juta pun tak cukup. Bersihkan hati sedikit. Saya tak kata jangan angkat bendera putih.
“Kalau perlu, buatlah. Akan ada bantuan cepat atau lambat. Tetapi yang mana mampu, jangan pupuk bangsa pemalas dan mudah menyerah,” kata pemilik nama sebenar Hasmiza Othman ini.
Dalam pada itu, Vida juga tidak mengambil pusing kenyataan ramai pihak berpengaruh yang turut sama membidas kenyataannya.
“Ramai nak tumpang glamor, melakukan provokasi dan kecam saya.
Kata-kata tak bermaksud nak perlekeh orang yang perlu bantuan. Tapi saya
nak tujukan kepada mereka yang tak berusaha. Kena telan walaupun
pahiit, move on,” katanya. UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan